Wednesday, December 28, 2011

Patut atau Tidak Patut ?

ASSALAMUALAIKUM



Mama kata nak belikan IPAD2 nihh,Kau orang yg cuba try test bagi pandangan sikit,Patut ke tidak mak aku bagi benda alah ni?Banyak kali aku pikir nak ke idokk benda nih .Sebab aku cam tak guna sangat.Iyolahh,ddok asrama kan,And Abg Sdara aku yg hebat IT kat sgapore tu cakap better pilih Laptop Ultra Thin Lagi gempak sebab ape dia ckap cenggitu punn aku tk pham .Biasa jekk aku tengokk.Dia kata Ipad nihh bosan andd tkdekk ape ponn yang bestnyaaa.




Ni haa Laptop Ultra Thin tu .Pandangan kau orang camne ?

But Then,tetibe aku teringat kat DSLR yang aku impiimpikan dulu tapi tuka hasrat sebab akak aku kata kalau nak SLR baikk beli sendiri ,nanti cam lagi kita sayang.Tunggu besar lahh nampaknyaa.Oh ye,Untung lahh Najjah Sofiea,dah dapat dah SLR ennn =.='

Huiii SLR,Selamat Tinggal.Wuuuwuuu :'(


Oh ye,dan haritu aku ada jumpa polaroid yang aku pernah nak milikinya suatu masa dulu .Oisshhhh,aku mcam org gilaaa mintak adik aku belikan.Mula2 adik aku dah setuju sebab harga dia RM200 lebihh je tapi tetibe aku takk jadikk nak beli sebab adik aku kata dia belanja Cameranya jekk.Filemnya aku beli sendiri,Pehh,dah mahal.Tak larat aku nak membayornyee=.='.Maka,rejected lagi.hailaaa-.-



Huii Polaroid,Selamat Tinggal.
Jangan nangis nanti aku nangis juge.Wuuuu :'(

I loikee purple tooo much :)

ASSALAMUALAIKUM

Berdasarkan statement di atas ,saya ingin meluah cerita yang saya suka sekarang ini .*Allah,pe aku merepek nihhh -.-
Ok teruskan ,aku dah berjaya mengecat bilik aku warna purple.Woowoot :).Cesss,sebenarnya tak siapp siapp lagi.+.+.Dah tu,asyik keluar sana sini dok merayap je mana nak siap nya.Takpee,sehari lagii siap lah tuu .Ok,mehh aku tunjuk bilik aku .


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Haaa,aku tahu dah cun,Takpayah pujii banyak banyak sangat,hehe .Sebab ni bukan bilik aku pon =.='.Kemas gila bilik aku kan -.-HAHA .Takdelah,aku takdekk gambar bilik aku sebenarnya tapi nak tunjuk warna purple tulah yang aku cat kat bilik aku .Haaa,cun en ?en ?en ?Ok dahh,perasan terlampau .Ok bye .





Sila Sokong Saya Sekuatnya Dalam Pembikinan Projek Mengecat Bilik Iya :D

Hadiah Kemenangan dari Along


ASSALAMUALAIKUM


PMR dah lepas.Alhamdulillah 9 A lurus punn dah dapat .Maka,hadiah mesti dituntut mehh.HAHA.jadi,Fariza Azyan mengotakan janjinya dengan membelikan aku handphone ni.SAMSUNG CHAMP.Ok,fine,tak mahal mcam kau orang semua punyaa lahh kan,but then better lahh daripada takdekk phone.And,aku rasa aku puas hati ah sebab phone ni murhh jekk tapi design dia comel.Warna pinkk pulakk tuhh .Awww Awww,and.Camera dia pon oklahh en,takdelahhh kapcai mana .Oh iya,full touch screen and speaker punn okayy lahh.PLus 3.5 mm ear jackk dia .Hmm,not bad lahhh kan untuk harga RM200 :D.So,pada siapa yg taknak bazirbazir beli phone mahal2 tapi nak yang agak gempak.Joinlahh sekaki setangan guna Samsung Champ ni.Serius comel tak tipu.Last but not least,ucap thnk youuu banyakbanak sikit dekat akak aku ni haa .Comel jekk .


Fariza Azyan.Terima kasihh.Ilove you.muah muah .




Samsung Champ I love youu too XD


Align Center

Friends Are Very hard to Find

Ya Allah,Somehow i Do Miss all MyFriend Like Crazy


SurayaHanimfadilahMuadzNADIRAHnajjahShifaa'Teha
IMAN DanialAzmiera ZaileenChetakJihahNADIABella
Nab SuandiDanielCajuJwaSYAKAMALAiniAnati
ShahNAJIBIcadWienaAeiman MustafaMohamad
LisyamarianaARIFsyarifahSyafiezaAfiqah Z
EmiliaNadia najihahHanis Athirah

Tuesday, December 20, 2011

Jejak langkah bersama


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Shifaa,thak youuu :)

Kegelabahan Menghadapi Keputusan PMR

ASSALAMUALAIKUM


Tomorrow is a big Disaster yawww .


I'm Dead,-.-
Ya Allah,9 A's Please :|

Mood:Gelabah-Shaking-Dying-Screaming-Crying.

Thursday, December 15, 2011

Cerita Lama Part 2






ASSALAMUALAIKUM.

Haaa,kalau korg nak baca post yg ni baik korg baca post Cerita Lama Part 2 dulu .Nanti korg pelikk pulakk.

Okayy,nak cerita apa yg aku ngan nad mail buat sepanjang dia kat rumah aku ni haa :)

Plan asal,Nad Mail balik naik bas hari selasa.mak aku hantar gi Pudu Sentral.But then,mak aku pujok dia lepak sini sampai khamis .Ok lahhh,dia call mak dia and bgtau tak jadi balik hari selasa.Suddenly,mak aku kata tak dapat hantar sebab ada appointment dengan doktor .Pagi2 kena gerak dah . So,mak aku pujok lagi balik hari sabtu lahhh .Nad Mail okayy je.Then,call mak dia lagi,bgtau yg tak jadi nak balik hari Khamis and balik Sabtu .But then ,hari jumaatnya tetba mak aku kata ada orang nak dtg rumah betolkan paip bocor.Again,tak dpt hantar.Allah,Nad Mail ngan aku pon gelak jelah.Tp,dia okay je.Then,dia call mak dia lagi and bgtau balik esoknya which means Ahad.Time tu lah,mak dia dh bebel sikit.HAHA .Mak dia ckp nanti mnyusahkan lah ape lahh.HAHA.padahal takde apa ponn .In the End,bapak aku ajak gi hantar dia naik kereta.Haha.Kayy,sumpah lawak.Ok now,nak cite psal ape yg aku buat ngan dia ni haaa.


Ahad-lepak kat KL sentral.Lepak dalam bilik.Gossip2.Tido.
Isnin-Lepak kat rumah.Kluar beli breakfast.Borak.Online.Masak.Memekak.
Selasa-Lepak kat rumah.Beli breakfast.Borak.Novel.Online.Masak.Memekak.Ombakrindu.
Rabu-Macam biasa.
Khamis:Macam biasa+ Twilight(breaking dawn ).Aww,sweet gilaaaa.
Jumaat :Lepaking lagi .
Sabtu:Bawak Nad g KLCC lepak ngan Chetak .
Ahad:Hantar Nad balik .

P/s:ni gmbarnyaaa .Najjah ,jngan jeles.hohoho






Cerita Lama Part 1

ASSALAMUALAIKUM .

Fine,bapak lama aku tak update blog ni .Jangan kata habukk,sawang punn ada dahh .HAHA .


Okayy,ini cerita lama sebenarnya tapi apa aku kisah.aku rasa mcm dah dalam kegawatan cerita -.-

WOOtwoot,Exam JLPT is over.uhyeahhh !sumpah mcm nak pecah kepala dok sungguh sungguh perah otak pikir apa yg kertas exam tu cuba nak sampaikan.Ok,means aku tak boleh buat lahhh kan .Haha,takdelah takkbolee semua tapi ada satu paper yg aku blankkk .puihhh,mcm takboleh lulus je nii -.-.Takpetakpe,next year kan ada .Haha,bongok kau wani .Dahlah mahal.Cisss,mnyesal aku .Mana takknya,dalam kelas asyik gelak galak je dgan si Najjah Sofiea + Nornadirah Ismail .Boleh pengsan aku gelak dohhh .Kakak + Abang .Euww,abg ?ok fine,pape lahh .Pandng slack je en .Hoho,mintak maap bebanyak ye senior :)



Oh iye,kitorg stay sekolah 5 hari and it was SUPER-DUPER-EXTREMELY-FUN !Rugi lahhh korang takk joinn sekalii .ngehngeh .Eh,pahal aku gelak mcm nenek kebayan je-.-.Ok,teruskan .F3 yang ada,Najjah Sofiea,Nornadirah Ismail,Fadilah IShak,Nadhirah azhar,Muadz Zaki,Zikrizamri annd Fariza Alwani .pehhh,dalam dorm sumpah seronok gilaa.Dahlah kitorg conquer katil.Siap f4 pulakk yg kene tido bawah.Sorry ye akk.Jap,jngan slah sgka pulok,bukan nak biadap tapi kitorg mmg dh sampai awal and dpt katil dulu.Sebenarnya,f4 dapat gak katil.Tp,sbb dorg ramai,so maybe dorg prefer bawakk katil turun bawah kott .Kitorg amik 3 katil then catumkan .Pehhh,golekgolek atas katil seronok gila.

Oh iye,kitorg buat kerja jahat jugak.Haha,solat dlam dorm.okay fine,mmg otak kitorg jahat pon.Tapi,Isyak jelah .Bukan semua .Itupun sbb kitorg sllalu amek diner lepas solat maghrib.Ala,macam budak laki kat sekolah aku tu suka buat ,kan ?.Eventough salah tp seronok.HAHA .Ala,lgponn bukan time sekolah kan ?Haha,beribu je alasan kann .Andd,memandangkan bukan waktu sekolah jugakk lah kitorg dengan senang hatinya bawak phone .masing2 ada phone kat tangan .Najjah paling giat On The Phone .Si Nad mail + Nad Azhar paling giat bertexting .Aku ngan Fadilah pulakkk setengah mati dok lawan game SNAKE Xenzia .Pehhh,seronok nak matii lah .HAHA .

Ok done,habis je exam jepun balik rumah lah kann .Naik train gi KL sentral ramai2 sambil hujan kemain lebat lagi.pehhh,semua kuyup habis.Tapi,seronok lahh sebab ada salah sorg drpd kitorg yg tergolek kemain hebat lagi sebab kononnya kasut tak grip,HAHA .Oh iye,sebelom balik tu aku ada bt satu plan tp betol2 last minute.Ajak Nad MAil ngan Najjah Sofiea balik rumah aku .Padahal time tu dorg dh nak naik van balik sabak dah ni .In the end,Nad mail je jadi balik rumah aku ,Njjah tak berjaya disebbkan dia kena balik jaga adik dia .Haha,siap hujan dia kat dalam van tu.Kesian kauu,next time kayyy Najjah .Maka,dengan itu NAd mail pon follow aku balik rumah .Weeewooo ~[credits to nabil nasran ].

Ok nahhh,gambar JLPT segala bagai.








Tuesday, December 6, 2011


Assalamualaikum.
Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Monday, November 28, 2011

Kemanisan kata kata .

I love you because of no reason at all, because if I have a reason to love you, I’m afraid I'll have a reason to leave you.
p/s:Macam gempak je ayat dia kan,?nanti bila korang besar dan dah bercintan cintun ,gunalah ayat ni untuk membuat awek atau pakwek anda terharuuu ,.HAHA.[cehhh.mcm doktor cinta]

BUKAN SEMUA CANTIK ITU SUBJEKTIF .




Cantik depa ni haaa,-.-'


errr,takde motif.okayy,BYE .

SPECIAL TOURIST IN KEDAH .

Assalamualaikum and Good Day to my dear reader,

First of all,



This is what we call ' BENDERA KEDAH '

ANDD,



This is what we call ' TOURISTS '




ONCE AGAIN,Assalamualaikum W.B.T ..

The world may say hello to us and simply ask us to wide our smile everyday and now I am enjoying my smile because of 'KENANGAN TERHEBAT DI KEDAH '.hikhikhik

Subject :Corat-coret kehidupan di Kedah

Venue :Kolej Matrikulasi Changlun,Muzium Kedah,Muzium Padi,Pusat Sains Negara,Kg Asun,
Taman Tasik Kedah,Alor Setar,Padang Besar .

Time :24 November 2011-27 November 2011 .


Participants :Azmiera Zaileen ,Fariza Alwani,Nur Syahidah Chetak,Faridah Hanim .



Alhamdulillah,selesailah sudahlah plan kitorang yg kononya nak berjalan ke KEDAH ni haa,OK cmni citenya,one of the participant who is Faridah Hanim duduk kat KEDAh sana tu haa,Andd,dia pon ajak lah kitorang gi jalan2 kat rumah dia .So,plan punya plan dan akhirnya sampi jugakk kitorang kat kedah tu haa.For sure lah kan,kitorg gi sana naik bas andd suprisingly kitorg naik bas 2 tingkat.haa,aku tak terfikir kot nak naik bas 2 tingkat.ahh,ok.lantaklahh.Then,selama 7 jam ddok dalam bas tu ,kitorg tak tido kott,borak-borak sampai lahh sampai kat kedah around 6 gituu .Next Hanim jemput and kitorg pon stay kat rumah dia .OK FInee tak tipuuu,mak dia sumpah sempoi and baik gilaaa.Thank youuu eh acik .


Next day,kitorg ikot mak Hanim gi Pasar kat KG Asun dengan tak mandinya kitorg kluar en.HAHA.[oh,tapi still wangii ]Lepas Solat Jumaat,ayah hanim pulakk bawak ktorg jalan jalan pegi Muzium Kedah and makan LAKSA IKAN SEKOQ,seghonok gilaaa !Third day pulakk,kitorg gi Muzium padi ,Pusat Sains Negara and Taman Tasik Kedah.Hari last tu pulakkk,mak Hanim dengan baik hatinya bawak ktorg semua gi PADANG BESAR,PERLIS.Ok,sumpah seronok shopping ,pehabih duittt kott .Then,balik amek bas malam ,pukul 11 ,Dalam bas semua tido .
Act,ada banyak sangat peristiwa gila gila tapi aku tak rajin lahh nak post and kalau nak tahuu jugak,SILA KLIK kat link ni eh
>>syahidahchetak.blogspot.com<<

AKu rasa semput nak menulis lagi ,Jadi,enjoyy jelah gambar2 ni yeee :)







Chetak,Miera,Aku.Ok finee,aku tahu aku gemok dan hitam -.-'

Taman Tasik Kedah.ok finee,aku tahu aku nmpak gemok lagi sekali -.-



Alor Setar dengan TOk NAh[nenek hanim ]




Muzium Padi
Burhan,Luqman hensemmm,Hanim,Miera,Gemok,Chetak .




Muzium Kedah
Guard Makan Gaji Buta-.-[tak perlu faham.]



Muzim Kedah once again .





Kolej Matrikulasi Changlun a.k.a Rumah Hanim .











Tuesday, November 22, 2011

Kesungguhan Pasukan Bola Sepak Malaysia part 2

WOotwoot,CAYALAH HARIMAU MUDA :D

Tumpang lalu sikit,cewahhh ,sopan segala bagai nyahh.

haaa,Malaysia hebat.Malaysia memang hebat.Maka,disini saya nak meneruskan keterujaan saya yang tak dapat saya hentikan pada boipren boipren saya sekaliannya .hikhikhik.errr,okayy.saya sedikit hampa melihat match yg final ini kerana si Fakhri nmpak lemah semacam je dan MAHALI saya tak berapa nak kelihatan .[Eh jap,but still dia dah melakukan satu jaringan yang sanagt sangat cool time penalty ].Ohhh,cairnyaaa mak nyahh .Oh dan ,KF kesayangan saya sangat sangat hensemmmm.And once again,mama,can i marry him ?

Next,saya rasa indonesia menggedik gila.ohye,lagilagi,si BONAI tu haa.aku bagi jugakkk dia ni kang -.-Mahu bersandiwara di sinetron sana yaa pakk !!.ok,merepek .So,macam biasa .saya,adik dan mama akan teriak sana teriak sini ,Frankly saying,ia sangat mencemaskan.fuhhh,buat at last MALAYSIA MENANG jugakk.hoorayyyy .So,here I Would like to congrates boipren boipren ku as all of you dah buat MALAYSIA bangga .haaa,nnt aku belanja makan [cewhhh,konon-.-']









Saturday, November 19, 2011

KESUNGGUHAN PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA .

Assalamualaikum and hai readers ![cewahhh,bajet ramai je readers aku -.-'].There's such a thing keeps on cheering me up over and over and over again.Guess What ?

BOLA SEPAK MALAYSIA VS MYANMAR

dan Malaysia telah menang dengan penuh style sekali .uhyeahhhh !tepuk banyak banyak sikit.ok,cukop.Dan disini,aku ingin menceritakan betapa tingginya keterujaan aku terhadap Bola Sepak yang buat pertama kalinya aku tengok .OH MAK DATOK ,sumpah gila kentang :D


Haaaa,jeng jeng jeng .ni lahh antara player bolasepak malaysia.Oh My God,i think i'm in love with them especially dengan si KF [Khairul Fahmi yg berjersi hijau,ewahhh.suka hati aku je nak ber'KF' segala kan.]Ok,truly and really KF sangat lahh hensemmm dan bergaya di hadapan biji mata saya ini.MAMA,NAK KAWIN BOLE?-.-'
Cara dia menepis dan menangkap bola sangatlahh membuat saya cair.hehe :)
Ok,cukop.BAck to the story .~



Ehemehemehem .
Ok fineee,akhirnyaa aku telah kalah dalam bet aku sendiri dimana aku mengatakan bahawa aku membenci bola sepak dan aku membantah sekeras hatinya akan manusia yang suka melihat lihat bola sepak ini.and now,i just know how it feel.Gilaaa teruja wehh.At first,aku just saje melepak depan TV bersama adik dan mak aku.Then,ttbe adik aku tuka channel dimana football match tu tgh berlgsung.So,aku tengok jelahhh .A few minutes later,aku yg dok teriak sana teriak sini terkinja sana terkinja sini.Allah,macam or gilaaa kottt .[Eh jap,aku tak buat sorg sorg sebab mak ngan adik aku pon join sekaki .HAHA-,-].



Then,aku tengok punya tengok punya tengok sampai lahhh talk berhenti.Syok gilaaa pulak wehhh .Oh iye,aku jatuh cinta jugak dengan PLAYER JERSI NO 2.Motifnyaa ?Sesunguhnya nama beliau sgt memukau hati saya which is MAHALI .[TEPUK TANGAN ]Yang seronoknya sepanjang match tu aku dok jerit nama dia mcm ni haa ."MAHALI !MAHALI !MAHALI !".Eventough time tu bukan dia yg bawak bola.HAHA.bengong lah kau FARIZA ALWANI !.[jap,aku rasa macam ditengah-tengah kehambaran pulakk dahh ,-.-']Dah 40 minit game ni haaa,satu gol pon tak masuk .HAIYAAA,tapi tengok jugakkk.gila sengit lahhh wehh aku cakap.Rasa nak ikat ikat kaki player player myanmar tu haaa.geram sungguh.Kerjanya nak membelasah orang jeee.HOI !itu pakwe aku lahhh .[korg tak pham ?ok,abaikan .]Then sampai minit ke 85,"GOLLLLLL !GOLLLL!GOLLLLL!"uhyeahhhh,akhirnya Si FAkhri telah melibas bola dengan penuh style .yeayyy !1-0 .Sampai lahhh habis masa dan


MALAYSIA MENANG !

KEsimpulan utk post ni adalah saya merasakan bahawa saya sangat cintakan MALAYSIA dan saya bangga dengan player player kita .TAHNIAH korangggg dan terima kasih kerana berjaya mengubah persepsi aku terhadap bola sepak beserta peminat bola sepak!Last word for sure,


I LOVE YOU KF <3

[haaa,siap pakai baju warna peberet aku pulak.makaihhh ]

Okayyy,sorry kerana terlebih perasan -.-




Saturday, November 5, 2011

newbie music :)

jerit kuat : Sweet kan laguu nih ?

Tercipta untukku -ungu ,saya merasakan bahawasanya lagu ini sangat lah mengayat hati saya dan saya amat cair mendengar si ubi kentang menyanyikan lagu itu untuk saya secara olok-olok dalam drama muzikal di perkhemahan ulu yam tempoh hari di mana kami bekerjasama dengan baiknya dalam satu kumpulan pada malam budaya walaupun tiada seorang pun yang mendengar .sobsob.Sesungguhnya kami satu kumpulan telah bersusah payah buat itu dan harapnya kami mendapat tempat lahh ye nanti,hikhikhik.



Oh iye,disini saya dengan baik hatinya ingin menunjukkan beberapa gambar perkhemahan post PMR di ulu yam tempoh hari.Maka,sila melihat dengan sopan ye :D





Bebudak lelaki time jungle trekking :)





Haa,baju biru tu haaa si ubi kentang :)






Bebudak pompuan time last day :)




Water rafting yang fun nak mati weih !

Wangsa Walk .

A big thanks to Azmiera Zaileen and Syahidah Chetak for making me melts by both of u guys cute looking :D



Tahniah kerana berjaya mencairkan hati aku untuk menerbangkan wang-wang aku demi kalian .
It's such a precious memory.Yes,it will always be in my mind guys .
THANKS A LOT :D


Friday, November 4, 2011

Dear ayah,

Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..

semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..

ayah bekerja setiap hari
bersengkang mata
di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..

walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....

ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...
walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
siang bekerja....malam pun kerja...

bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..

ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..
dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...
ayah tanggung seorang diri
segalanya...
kuatnya ayah menempuh semua itu..
hanya kerana mahukan kami semua gembira

Ayah
tiada kata indah untukmu
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.

Ayah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
Samanahmu sentiasa di hati putihku.

Ayah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.


4/11/2011 .something happen .

saya :Hello,mama ?
mama :ye?
saya:wani ni mama.ma,wani balik harini (suara excited)
mama :itu yang mama tunggu tu (suara excited jugak )
saya :ma,wani balik pukul 10 lah harini.camne ek ?
mama :Oh,lah.yeke ?em,along balik harini jugak.
saya :haaaa,along balik kan ?yeayyy !(excited )
mama :along habis kelas pukul 6,wani turun putrajaya nak ?
saya:errr,taknaklah.takpelah mama .wani keluar ngan kawan wani gi wangsa walk.
mama :haaa,okayokay.nanti mama call ayah lah suruh ayah amik.
saya :mama,wani call lahh.nak no phone ayah .
mama :019-*******
saya :okay,nnti pape wani call balik.bye
mama:ok,bye

*************************************
Err,aku pun taktahu kekuatan apa yang aku dapat but then aku pun dail no phone ayah .Err,sebenarnya .aku tak penah call ayah aku.For the rest of my life,i never talk to him .weird.but idk why .Ok,sambung cerita.Then.....


tuuut..tuuut...tuuut..tuuut(berdebar-debar dah ni haa)


ayah :Hello.
saya :Hello ayah!,wani ni haa (buat suara excited macam biasa )
ayah :haaa,ye.
saya :ayah,wani balik harini ,boleh tak ayah ambik kat terminal putra nanti ?
ayah :haa,boleh (suara lembut smcm je )
saya :errr,dalam pukul 5 nnti eh ayah .
ayah :haa,bolehboleh
saya :(hati melonjak-lonjak)oklah ayah,bye.terima kasih ayah.assalamualaikum .
ayah :ok,bye,sama-sama .waalaikumsalam .

***********************************************


Letak gagang,Then,"HANIM !!!"*(sambil lompat tinggi-tinggi dan banyak-banyak kali depan public phone sambil pegang bahu hanim)"HANIM !AKU CAKAP DGN AYAH AKU "(ulang tiga kali sambil lompat lompat).Pastu,hanim senyum.buat muka pelik dan "Weih,kau tak penah cakap ngan ayah kau ke ?".Dan "Yelahhh,frst time wehh "(lompat lompat lagiii ).Ok,stop lompat dahhh .tarik nafas dan call mama .



tuuut..tuuuutt.tuttt.(tak sabar dah nak cite ni )


saya :Hello mama ,wani call ayah!wani cakap dgan ayah .(excited habis)
mama :(gelak.gelak.gelak.gelak lagi )
saya:oklah mama ,nnt kita story2 lagi .bye
mama:ok bye,(gelak lagi)


To make a story,gini .aku ada ayah .But then,aku ngan adik ngan akk aku tak pernah sembang atau ape2 pon ngan ayah .sangat jarang lahh.cium ayah pon tak penah .mmg dari kecik macamtu .ada lahh sbbnya kan .PAstu,tahun ni aku rasa macam nak rapat ngan ayah .Jadi aku tanya ustaz,apa nak buat untuk rapatkan hubungan kitorg satu family.Ustaz kata bacakan alfatihah 11 kali dan ckap apa yang kita nak .Dan this is the sentences"Ya Allah,kau bantulah hambamu yang bernama ********* untuk brsatu bersama,lembut hati dan gembira bersama kami sekeluarga dan Alhamdulillah YA Allah . I LOVE you soo much :D



YA Allah ,terima kasih kerana KAU telah mendengar dan makbulkan segala doaku .Alhamdulillah :D.
I feel like im in heaven dahhh .

Tuesday, August 30, 2011