Wednesday, December 28, 2011

Patut atau Tidak Patut ?

ASSALAMUALAIKUM



Mama kata nak belikan IPAD2 nihh,Kau orang yg cuba try test bagi pandangan sikit,Patut ke tidak mak aku bagi benda alah ni?Banyak kali aku pikir nak ke idokk benda nih .Sebab aku cam tak guna sangat.Iyolahh,ddok asrama kan,And Abg Sdara aku yg hebat IT kat sgapore tu cakap better pilih Laptop Ultra Thin Lagi gempak sebab ape dia ckap cenggitu punn aku tk pham .Biasa jekk aku tengokk.Dia kata Ipad nihh bosan andd tkdekk ape ponn yang bestnyaaa.




Ni haa Laptop Ultra Thin tu .Pandangan kau orang camne ?

But Then,tetibe aku teringat kat DSLR yang aku impiimpikan dulu tapi tuka hasrat sebab akak aku kata kalau nak SLR baikk beli sendiri ,nanti cam lagi kita sayang.Tunggu besar lahh nampaknyaa.Oh ye,Untung lahh Najjah Sofiea,dah dapat dah SLR ennn =.='

Huiii SLR,Selamat Tinggal.Wuuuwuuu :'(


Oh ye,dan haritu aku ada jumpa polaroid yang aku pernah nak milikinya suatu masa dulu .Oisshhhh,aku mcam org gilaaa mintak adik aku belikan.Mula2 adik aku dah setuju sebab harga dia RM200 lebihh je tapi tetibe aku takk jadikk nak beli sebab adik aku kata dia belanja Cameranya jekk.Filemnya aku beli sendiri,Pehh,dah mahal.Tak larat aku nak membayornyee=.='.Maka,rejected lagi.hailaaa-.-



Huii Polaroid,Selamat Tinggal.
Jangan nangis nanti aku nangis juge.Wuuuu :'(

I loikee purple tooo much :)

ASSALAMUALAIKUM

Berdasarkan statement di atas ,saya ingin meluah cerita yang saya suka sekarang ini .*Allah,pe aku merepek nihhh -.-
Ok teruskan ,aku dah berjaya mengecat bilik aku warna purple.Woowoot :).Cesss,sebenarnya tak siapp siapp lagi.+.+.Dah tu,asyik keluar sana sini dok merayap je mana nak siap nya.Takpee,sehari lagii siap lah tuu .Ok,mehh aku tunjuk bilik aku .


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Haaa,aku tahu dah cun,Takpayah pujii banyak banyak sangat,hehe .Sebab ni bukan bilik aku pon =.='.Kemas gila bilik aku kan -.-HAHA .Takdelah,aku takdekk gambar bilik aku sebenarnya tapi nak tunjuk warna purple tulah yang aku cat kat bilik aku .Haaa,cun en ?en ?en ?Ok dahh,perasan terlampau .Ok bye .





Sila Sokong Saya Sekuatnya Dalam Pembikinan Projek Mengecat Bilik Iya :D

Hadiah Kemenangan dari Along


ASSALAMUALAIKUM


PMR dah lepas.Alhamdulillah 9 A lurus punn dah dapat .Maka,hadiah mesti dituntut mehh.HAHA.jadi,Fariza Azyan mengotakan janjinya dengan membelikan aku handphone ni.SAMSUNG CHAMP.Ok,fine,tak mahal mcam kau orang semua punyaa lahh kan,but then better lahh daripada takdekk phone.And,aku rasa aku puas hati ah sebab phone ni murhh jekk tapi design dia comel.Warna pinkk pulakk tuhh .Awww Awww,and.Camera dia pon oklahh en,takdelahhh kapcai mana .Oh iya,full touch screen and speaker punn okayy lahh.PLus 3.5 mm ear jackk dia .Hmm,not bad lahhh kan untuk harga RM200 :D.So,pada siapa yg taknak bazirbazir beli phone mahal2 tapi nak yang agak gempak.Joinlahh sekaki setangan guna Samsung Champ ni.Serius comel tak tipu.Last but not least,ucap thnk youuu banyakbanak sikit dekat akak aku ni haa .Comel jekk .


Fariza Azyan.Terima kasihh.Ilove you.muah muah .




Samsung Champ I love youu too XD


Align Center

Friends Are Very hard to Find

Ya Allah,Somehow i Do Miss all MyFriend Like Crazy


SurayaHanimfadilahMuadzNADIRAHnajjahShifaa'Teha
IMAN DanialAzmiera ZaileenChetakJihahNADIABella
Nab SuandiDanielCajuJwaSYAKAMALAiniAnati
ShahNAJIBIcadWienaAeiman MustafaMohamad
LisyamarianaARIFsyarifahSyafiezaAfiqah Z
EmiliaNadia najihahHanis Athirah

Tuesday, December 20, 2011

Jejak langkah bersama


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Shifaa,thak youuu :)

Kegelabahan Menghadapi Keputusan PMR

ASSALAMUALAIKUM


Tomorrow is a big Disaster yawww .


I'm Dead,-.-
Ya Allah,9 A's Please :|

Mood:Gelabah-Shaking-Dying-Screaming-Crying.

Thursday, December 15, 2011

Cerita Lama Part 2






ASSALAMUALAIKUM.

Haaa,kalau korg nak baca post yg ni baik korg baca post Cerita Lama Part 2 dulu .Nanti korg pelikk pulakk.

Okayy,nak cerita apa yg aku ngan nad mail buat sepanjang dia kat rumah aku ni haa :)

Plan asal,Nad Mail balik naik bas hari selasa.mak aku hantar gi Pudu Sentral.But then,mak aku pujok dia lepak sini sampai khamis .Ok lahhh,dia call mak dia and bgtau tak jadi balik hari selasa.Suddenly,mak aku kata tak dapat hantar sebab ada appointment dengan doktor .Pagi2 kena gerak dah . So,mak aku pujok lagi balik hari sabtu lahhh .Nad Mail okayy je.Then,call mak dia lagi,bgtau yg tak jadi nak balik hari Khamis and balik Sabtu .But then ,hari jumaatnya tetba mak aku kata ada orang nak dtg rumah betolkan paip bocor.Again,tak dpt hantar.Allah,Nad Mail ngan aku pon gelak jelah.Tp,dia okay je.Then,dia call mak dia lagi and bgtau balik esoknya which means Ahad.Time tu lah,mak dia dh bebel sikit.HAHA .Mak dia ckp nanti mnyusahkan lah ape lahh.HAHA.padahal takde apa ponn .In the End,bapak aku ajak gi hantar dia naik kereta.Haha.Kayy,sumpah lawak.Ok now,nak cite psal ape yg aku buat ngan dia ni haaa.


Ahad-lepak kat KL sentral.Lepak dalam bilik.Gossip2.Tido.
Isnin-Lepak kat rumah.Kluar beli breakfast.Borak.Online.Masak.Memekak.
Selasa-Lepak kat rumah.Beli breakfast.Borak.Novel.Online.Masak.Memekak.Ombakrindu.
Rabu-Macam biasa.
Khamis:Macam biasa+ Twilight(breaking dawn ).Aww,sweet gilaaaa.
Jumaat :Lepaking lagi .
Sabtu:Bawak Nad g KLCC lepak ngan Chetak .
Ahad:Hantar Nad balik .

P/s:ni gmbarnyaaa .Najjah ,jngan jeles.hohoho






Cerita Lama Part 1

ASSALAMUALAIKUM .

Fine,bapak lama aku tak update blog ni .Jangan kata habukk,sawang punn ada dahh .HAHA .


Okayy,ini cerita lama sebenarnya tapi apa aku kisah.aku rasa mcm dah dalam kegawatan cerita -.-

WOOtwoot,Exam JLPT is over.uhyeahhh !sumpah mcm nak pecah kepala dok sungguh sungguh perah otak pikir apa yg kertas exam tu cuba nak sampaikan.Ok,means aku tak boleh buat lahhh kan .Haha,takdelah takkbolee semua tapi ada satu paper yg aku blankkk .puihhh,mcm takboleh lulus je nii -.-.Takpetakpe,next year kan ada .Haha,bongok kau wani .Dahlah mahal.Cisss,mnyesal aku .Mana takknya,dalam kelas asyik gelak galak je dgan si Najjah Sofiea + Nornadirah Ismail .Boleh pengsan aku gelak dohhh .Kakak + Abang .Euww,abg ?ok fine,pape lahh .Pandng slack je en .Hoho,mintak maap bebanyak ye senior :)



Oh iye,kitorg stay sekolah 5 hari and it was SUPER-DUPER-EXTREMELY-FUN !Rugi lahhh korang takk joinn sekalii .ngehngeh .Eh,pahal aku gelak mcm nenek kebayan je-.-.Ok,teruskan .F3 yang ada,Najjah Sofiea,Nornadirah Ismail,Fadilah IShak,Nadhirah azhar,Muadz Zaki,Zikrizamri annd Fariza Alwani .pehhh,dalam dorm sumpah seronok gilaa.Dahlah kitorg conquer katil.Siap f4 pulakk yg kene tido bawah.Sorry ye akk.Jap,jngan slah sgka pulok,bukan nak biadap tapi kitorg mmg dh sampai awal and dpt katil dulu.Sebenarnya,f4 dapat gak katil.Tp,sbb dorg ramai,so maybe dorg prefer bawakk katil turun bawah kott .Kitorg amik 3 katil then catumkan .Pehhh,golekgolek atas katil seronok gila.

Oh iye,kitorg buat kerja jahat jugak.Haha,solat dlam dorm.okay fine,mmg otak kitorg jahat pon.Tapi,Isyak jelah .Bukan semua .Itupun sbb kitorg sllalu amek diner lepas solat maghrib.Ala,macam budak laki kat sekolah aku tu suka buat ,kan ?.Eventough salah tp seronok.HAHA .Ala,lgponn bukan time sekolah kan ?Haha,beribu je alasan kann .Andd,memandangkan bukan waktu sekolah jugakk lah kitorg dengan senang hatinya bawak phone .masing2 ada phone kat tangan .Najjah paling giat On The Phone .Si Nad mail + Nad Azhar paling giat bertexting .Aku ngan Fadilah pulakkk setengah mati dok lawan game SNAKE Xenzia .Pehhh,seronok nak matii lah .HAHA .

Ok done,habis je exam jepun balik rumah lah kann .Naik train gi KL sentral ramai2 sambil hujan kemain lebat lagi.pehhh,semua kuyup habis.Tapi,seronok lahh sebab ada salah sorg drpd kitorg yg tergolek kemain hebat lagi sebab kononnya kasut tak grip,HAHA .Oh iye,sebelom balik tu aku ada bt satu plan tp betol2 last minute.Ajak Nad MAil ngan Najjah Sofiea balik rumah aku .Padahal time tu dorg dh nak naik van balik sabak dah ni .In the end,Nad mail je jadi balik rumah aku ,Njjah tak berjaya disebbkan dia kena balik jaga adik dia .Haha,siap hujan dia kat dalam van tu.Kesian kauu,next time kayyy Najjah .Maka,dengan itu NAd mail pon follow aku balik rumah .Weeewooo ~[credits to nabil nasran ].

Ok nahhh,gambar JLPT segala bagai.








Tuesday, December 6, 2011


Assalamualaikum.
Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.