Friday, November 23, 2012

Buat Aku Tersenyum

Bismillahirahmanirahim .Assalamualaikum korang *muka excited(gaya cam pemes sgt jekkk -.-) Ok,nth much from me .Lately aku cam byk problem sikit kot .So,asyikmpening kepala rasa nak hentak hentak kat dinding ,lantai,siling semua ada .fuhhhh .haha .tak habis habis dengan problem .k,abaikan .Tak mintak simpati korang punn :)Nway,aku tertarik dengan lagu ni .Eventough mcm dah lapuk dek zaman je tp still best bagi aku .Ok,till then.Just enjoy .


LYRIC:
Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan 'kan ku katakan semua

[Reff:]
Bila ku lelah tetaplah disini,
jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar,
jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun 'tuk sekejap
Kar'na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Kar'na engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita s'lalu bersama
Kar'na dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

[Bridge:]
Dapatkah engkau s'lalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

[Reff]

Layakkah aku untuk dia?

ini gua copy paste dari blog seseorang .nway,bacalah .Bismillahirahmanirrahim.





Layakkah diri untuk si dia?


Hari-hari terakhir di Malaysia dilalui dengan tidak tenang. Memikirkan diri akan melanjutkan pelajaran di Jordan, membuatkan Taufiq seakan-akan tidak keruan. Masalah yang sudah lama membelenggu dalam benak fikiran. Hanya satu keputusan yang perlu dibuat. Dia perlu berbicara dengan orang yang lebih matang daripadanya. Ingin meminta pendapat dan nasihat. Ustaz Zaki menjadi pilihan. Beliau pernah menjadi pembimbing di dalam usrah yang pernah diikuti Taufiq.

"Assalamualaikum. Ustaz, apa khabar? Lama tak ketemu ya, ustaz."

"Waalaikumussalam. Ya, Taufiq, alhamdulillah, ana sihat. Bagaimana dengan anta?"

"Alhamdulillah, sihat sokmo, haha. Ustaz sibuk ke sekarang? Saya ingin meminta nasihat dan pendapat ustaz sebelum saya bertolak ke Jordan esok."

"Haa, boleh saja, ustaz pun baru sahaja selesai buat tugasan ni. Ada perkara apa ni, Taufiq?"

"Hmm, ana terus terang sajalah ye, ustaz. Sebenarnya, sebagai lelaki, ana tidak lari daripada mempunyai perasaan terhadap seorang muslimah. Namun, yang membezakannya ialah, Allah sentiasa membimbing ana agar teguh akan hati dan iman. Agar tidak terlalu mengikuti hawa nafsu. Alhamdulillah, Allah sentiasa bersama ana. Istikharah menjadi penentu segalanya. Hati merasakan lebih tenang, setelah menyerahkan segalanya kepada Allah. Tahajud menjadi benteng diri. Ana menginginkan muslimah tersebut menjadi seorang yang halal bagi ana. Menjadi pendamping tatkala sujud di tengah malam, mengesakan ilahi. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Ana akan melanjutkan pelajaran di Jordan, manakala muslimah itu akan melanjutkan pelajaran di Mesir. Kami belajar di tempat yang berbeza. Malah, muslimah tersebut juga tidak mengetahui hasrat ana. Ana berhasrat untuk menggunakan orang perantaraan, agar terjaga hati dan iman kami. Ustaz, apakah cara terbaik untuk ana lakukan, untuk menyampaikan hasrat ana?"

"Tidak dinafikan, setiap lelaki akan tertarik dengan mana-mana wanita. Itu fitrah. Pertamanya, ana ucapkan alhamdulillah kerana anta cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan iman, agar tidak terjebak dalam permainan syaitan, dan terjebak ke kancah maksiat. Semoga anta sentiasa istiqamah. Namun, yang menjadi persoalan ialah, adakah perlu untuk anta meluahkan perasaan anta, dan menggunakan orang tengah, pada waktu sekarang ini? Maksud ana, anta baru sahaja akan melanjutkan pelajaran dalam usuluddin. Cuba fikirkan prioriti anta. Ana tidak mengatakan bahawa pendapat anta salah, namun perlu dipertimbangkan juga dengan prioriti. Mungkin yang terbaik buat masa sekarang ialah belajar. Tidak salah untuk memikirkan tentang perkara itu, tetapi mungkin lebih sesuai sekiranya difikirkan setelah anta tamat belajar, atau yang paling baik pun ialah pada tahun akhir belajar."

"Hmm, ana harap ustaz tak salah faham dengan ana. Ana sememangnya berhajat untuk menjadikan muslimah tersebut sebagai isteri, tetapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Mungkin sahaja dalam 2 atau 3 tahun lagi. Buat masa sekarang, ana memikirkan untuk ada ikatan dengan muslimah tersebut. Tetapi, yang paling utama ialah untuk menyampaikan hajat ana. Sekiranya dia bersedia untuk mempunyai ikatan dengan ana, alhamdulillah. Namun, sekiranya dia tidak menerimanya, ana akan berhenti berharap kepadanya. Ana sedar bahawa Allah akan sediakan zaujah yang lebih baik untuk ana."

"Ana faham akan niat suci anta. Namun, sedarlah. Begitu banyak dugaan, apabila mempunyai ikatan, kemudian berada dalam suatu jarak yang jauh. Cuba fikirkan, sekiranya muslimah tersebut terima lamaran anta, sanggupkah anta atau si dia menunggu dalam masa 2 atau 3 tahun lagi? Begitu besar cabarannya. Hati kalian akan sering digoda syaitan. Mungkin lebih baik untuk anta sampaikan hasrat anta, apabila tiba waktu yang sesuai, mungkin bukan masa yang terdekat ini."

"Tetapi ustaz, ana risau sekiranya ana tidak menyampaikan hasrat ana dalam masa yang terdekat ini, muslimah tersebut mungkin sahaja akan dilamar oleh orang lain. Antara asbab untuk ana sampaikan juga hasrat ana ialah, supaya ana dapat membuat keputusan. Sekiranya dia menerima, maka ana tidak akan memandang dan tertarik pada mana-mana muslimah ketika di Jordan. Namun, sekiranya dia tidak menerima hajat ana, ana cuba sebaik mungkin untuk melupakannya. Tidaklah ana tertanya-tanya akan diri sendiri, atau bahasa mudahnya, bertepuk sebelah tangan, setelah mengetahui kebenaran."

"Hmm, ana risau sekiranya anta terbawa-bawa dengan emosi. Kembali semula kepada perbincangan asal kita. Yang menjadi persoalannya, ialah, masa. Perlukah anta melakukannya sekarang? Utamakan prioriti anta dahulu, iaitu belajar. Mungkin sahaja anta boleh sampaikan hajat anta semasa tahun akhir belajar. Ana hanya cuba mencadangkan. Ingatlah, walau sehebat mana seseorang muslimah itu, dan kita tertarik akan si dia, namun jika ditakdirkan Allah, bahawa si dia bukan jodoh kita, maka akan banyak halangan dan dugaan yang anta akan tempuhi, walaupun kita cuba untuk menjadikannya sebagai isteri. Sebaliknya, sekiranya si dia sudah ditakdirkan menjadi zaujah kita, maka Allah akan mempermudahkan segala urusan anta, dalam keadaan anta sendiri tidak sedar. Maka, serahkanlah segalanya kepada Allah. Bak kata orang-orang tua, jodoh tak ke mana, kan?"

"Betul juga hujah ustaz. Syukran jazilan ustaz. Akan ana pertimbangkan segala nasihat ustaz. Jika sebelum ini, ana berfikir untuk menyampaikan hajat ana dalam masa terdekat ini, tetapi, mungkin sekarang, tidak lagi. Buat masa sekarang, biarkan sahaja ana tertanya-tanya dengan perasaan ana. Biar ana luahkan segalanya kepada Ilahi. Ana akan tunggu masa yang sesuai. Ana pegang dengan janji Allah. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan, sekiranya muslimah tersebut benar-benar telah ditakdirkan Allah, untuk menjadi zaujah ana. Hmm, ok ustaz, ana perlu kemas barang sikit-sikit lagi. Doakan ana selamat dalam keberangkatan ke Jordan esok, insyaAllah. Assalamualaikum, ustaz."

"Haa, ok, nanti kalau dah nak buat nasi minyak, jangan lupa jemput ustaz ye, haha, k, waalaikumussalam."



post merepek tentang hati

Gua ada masalah .Beratnya masalah ni gua rasa macam masalah negara . Gua ada masalah tentang hati gua .Hati gua sakit sekarang ni .Apa gua patut buat ?pergi hospital cari ubat ?atau gua patut biar hati gua terus sakit .Gua rancang nak biarkan hati gua sakit sorang sorang tapi gua kesian pulaa dekat hati gua ni.nanti hati gua merengek rengek malam malam ,gua pulak tak boleh nak tidur .Haih,gua penat lah pikir pasal hati gua ni .Lu rasa apa gua patut buat ?


Thursday, November 22, 2012

Mencintaimu Dari Jauh



Tiada malam lena tidurku
hanya igauan mimpi yang pilu
kerna setiap kali ku pejamkan mata
ku hanya terlihat dirimu

mengapa aku masih menanti
harapan yang kian tidak pasti
walau ku sedar hakikatnya
kau takkan kembali di sisi

walau kau tidak perlukanku
aku tetap mendoakan kebahagianmu
tapi hanya satu yang ku pinta
izinkanku menyintaimu dari jauh

walau aku pernah menyatakan
yang ku telah lepaskan segala
hakikatnya hati kecilku masih menyinta
aku simpan saja perasaanku
menahan derita dalam rindu


Sometimes it is much better for us to love someone without him/her knowing it .if we truly love him/her ,we surely want to see them happy .and if we are not the one who can make him/her happy,let him/her go and be with the one who can cheer him/her day with smile and laughter.Dont be too sad with it cause atleast you can still love him/her quietly and pray the best for him/her.


sincerely,alwani 😔

I just come to say hello

Assalamualaikum W.B.T


Frankly,i dont know what should i post in here .Okay,dah lama sangat membiarkan laman ni berhabuk .  Dah penuh dengan sarang labah labah dah punnnng  ._.First of all,sorry kalau post ni make y'guys boring but honestly i'm not that good in writing or expressing . Nevermind,lets start it.  Bismillahirahmanirrahim .



Okay,now is HOLIDAY . 

So ?we should have fun .a real fun ,kan ?Tapi sayangnya i'm going to seventeen next year dan itu bermaksud gua kena belajar gila gila punya .Yelah,result Diagnostik pun macam hapak je kan -.-
Ya Allah,nak SPM dah wehhh .Gila cepat pembesaran gua sekarang ni .Rasa macam baru semalam mula membaca mengira .Okay gua tipu ,rasa macam baru semalam masuk tadika.Okay gua tipu lagi ,rasa macam baru semalam daftar form 1 kat Bumi Intesaber tu .Tuptup dah nak SPM dah anak mohamad ni haa -.-Fuh cuak weh cuak .Addmath tak lulus lulus lagi ni .K takpe .Breath in breath out breath in breath out *buat gaya sharpay dlm HSM tu * .Its okayy ,kita semua boleh !Just put faith in ourself .Btw,dengar cerita genesis dapat tmpt ke 7 dalam ranking SBP utk Diagnostik haritu .taktahu lah betul ke tak tp still i'm proud of y'guys .   GO GENESIS !
(semangat melampau lampau) haha .

BTW,here some quotes to be share .


"You can close your eyes to do things that you dont want to see,but you cant close your heart to do things you dont want to feel "


"Silence is a girl loudest cry,you know she's really hurt when she starts ignoring you "