Friday, November 4, 2011

Dear ayah,

Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..

semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..

ayah bekerja setiap hari
bersengkang mata
di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..

walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....

ayah akan pastikan segala keperluan rumah terjaga...
walaupun dia terpaksa bekerja sehingga matanya merah kerana tidak cukup tidur.
siang bekerja....malam pun kerja...

bila kita tertinggal bas ..dan tak dapat pergi ke sekolah..
ayahlah yang akan memandukan kita ke sana..

ibu dan ayah..sama2 mahukan yang terbaik untuk anaknya...
bila ayah sakit,dia sembunyikan daripada anak2..
dia tak mahu,anak2nya tertekan dengan keadaan itu...
ayah tanggung seorang diri
segalanya...
kuatnya ayah menempuh semua itu..
hanya kerana mahukan kami semua gembira

Ayah
tiada kata indah untukmu
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.

Ayah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
Samanahmu sentiasa di hati putihku.

Ayah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.


4/11/2011 .something happen .

saya :Hello,mama ?
mama :ye?
saya:wani ni mama.ma,wani balik harini (suara excited)
mama :itu yang mama tunggu tu (suara excited jugak )
saya :ma,wani balik pukul 10 lah harini.camne ek ?
mama :Oh,lah.yeke ?em,along balik harini jugak.
saya :haaaa,along balik kan ?yeayyy !(excited )
mama :along habis kelas pukul 6,wani turun putrajaya nak ?
saya:errr,taknaklah.takpelah mama .wani keluar ngan kawan wani gi wangsa walk.
mama :haaa,okayokay.nanti mama call ayah lah suruh ayah amik.
saya :mama,wani call lahh.nak no phone ayah .
mama :019-*******
saya :okay,nnti pape wani call balik.bye
mama:ok,bye

*************************************
Err,aku pun taktahu kekuatan apa yang aku dapat but then aku pun dail no phone ayah .Err,sebenarnya .aku tak penah call ayah aku.For the rest of my life,i never talk to him .weird.but idk why .Ok,sambung cerita.Then.....


tuuut..tuuut...tuuut..tuuut(berdebar-debar dah ni haa)


ayah :Hello.
saya :Hello ayah!,wani ni haa (buat suara excited macam biasa )
ayah :haaa,ye.
saya :ayah,wani balik harini ,boleh tak ayah ambik kat terminal putra nanti ?
ayah :haa,boleh (suara lembut smcm je )
saya :errr,dalam pukul 5 nnti eh ayah .
ayah :haa,bolehboleh
saya :(hati melonjak-lonjak)oklah ayah,bye.terima kasih ayah.assalamualaikum .
ayah :ok,bye,sama-sama .waalaikumsalam .

***********************************************


Letak gagang,Then,"HANIM !!!"*(sambil lompat tinggi-tinggi dan banyak-banyak kali depan public phone sambil pegang bahu hanim)"HANIM !AKU CAKAP DGN AYAH AKU "(ulang tiga kali sambil lompat lompat).Pastu,hanim senyum.buat muka pelik dan "Weih,kau tak penah cakap ngan ayah kau ke ?".Dan "Yelahhh,frst time wehh "(lompat lompat lagiii ).Ok,stop lompat dahhh .tarik nafas dan call mama .



tuuut..tuuuutt.tuttt.(tak sabar dah nak cite ni )


saya :Hello mama ,wani call ayah!wani cakap dgan ayah .(excited habis)
mama :(gelak.gelak.gelak.gelak lagi )
saya:oklah mama ,nnt kita story2 lagi .bye
mama:ok bye,(gelak lagi)


To make a story,gini .aku ada ayah .But then,aku ngan adik ngan akk aku tak pernah sembang atau ape2 pon ngan ayah .sangat jarang lahh.cium ayah pon tak penah .mmg dari kecik macamtu .ada lahh sbbnya kan .PAstu,tahun ni aku rasa macam nak rapat ngan ayah .Jadi aku tanya ustaz,apa nak buat untuk rapatkan hubungan kitorg satu family.Ustaz kata bacakan alfatihah 11 kali dan ckap apa yang kita nak .Dan this is the sentences"Ya Allah,kau bantulah hambamu yang bernama ********* untuk brsatu bersama,lembut hati dan gembira bersama kami sekeluarga dan Alhamdulillah YA Allah . I LOVE you soo much :D



YA Allah ,terima kasih kerana KAU telah mendengar dan makbulkan segala doaku .Alhamdulillah :D.
I feel like im in heaven dahhh .

4 comments: